Wednesday, July 31, 2013

Cara Berwuduk Rasulullah SAW

Wednesday, February 13, 2013

Perbandingan Pelaburan Emas Fizikal di Malaysia


Di Malaysia sememangnya banyak peluang pelaburan Emas Fizikal. Di bawah adalah beberapa contoh perbandingan Emas Fizikal untuk pelaburan emas di Malaysia, bagi mereka yang masih mencari-cari peluang untuk pelaburan emas! Anda boleh membandingkan setiap bentuk pelaburan emas fizikal dibawah, pada pendapat saya ‘Perlaburan yang menghargai EMAS adalah yang terbaik antara yang terbaik’. Yang paling penting adalah SPREAD untuk memaksimakan keuntungan kita. Cuba semak dengan saksama.

Emas Kijang


Kita boleh beli dan perolehinya di cawangan Maybank yang tertentu.
Spreadnya adalah 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%).
Kita langsung TIDAK boleh LOCK harga dan juga tidak boleh booking.
Kita dikehendaki datang sendiri di Maybank untuk mendapatkannya.
Perlu diingat stok sering kehabisan.
Dan yang perlu diingat pihak bank tidak akan beli semula jikalau tercalar atau yang sewaktu dengannya.

OUB

Kita hanya boleh membelinya di OUB Utama sahaja.
Spreadnya adalah berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar(2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%).
Kita perlulah dapatkan sendiri di OUB.
Sama seperti emas kijang, stok selalu habis.
Kita dikehendaki dan mesti membawa resit asal semasa jual balik.
Kita tidak boleh buka sarung.

Pamp Suisse

Mengenai emas Pamp Suisse kita boleh beli di kedai emas tertentu.
Spreadnya pula adalah diantara 10%-30% mengikut kehendak pengurus kedai tersebut.
Tetapi kita jangan lupa apabila kita buka sahaja sarungnya maka akan ditolak lagi harganya.

Bunga Raya

Emas jenis ini pula hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
Spreadnya adalah 15%-25%.
Ianya sama seperti emas pamp suisse buka sarung tolak harga.

Barang Kemas

Yang bagusnya barang kemas adalah ianya boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
Harga memang tinggi berbanding pasaran.
Spreadnya pula tinggi dlm lingkungan 25%-40%.
Harga jualan belum termasuk WORKMANSHIP.

Dinar Emas Kelantan

Dinar Kelantan boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan.
Masalahnya stok adalah terhad dan selalu kehabisan stok.
Spreadnya adalah 10%-15%.

Public Gold / Public Dinar / Public Silver / Public Jewellery

Emas PG boleh dibeli daripada mana-mana ejen Public Gold.
Spreadnya rendah 4.5%-6% sahaja jika dibandingkan dengan emas-emas lain.
Dijamin beli balik walaupun telah dibuka sarungnya, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
Kita boleh booking dan lock harga yang kita kehendaki.
Yang paling penting emas PG dinilai oleh assayer emas yang bertauliah.
Emas PG disertakan bersama dengan Certificate of Authenticity.
Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen.

Satu lagi di GCP (Golden Crest Pavilion), beribupejabat di Nilai . Lihat disini http://gcp.com.my 
Syarikat bumiputera, nilai sendirilah prestasinya sebab dia terletak di Nilai, hehehe..
Jadi, tepuk dada tanya selera. apakah pelaburan emas dan perak terbaik bagi diri anda? Adakah perlu ianya cantik semata-mata tanpa memikirkan keuntungan?

Sebahagian petikan dari http://www.hargaemas.com.my

Thursday, January 17, 2013

CER PIKIYO kome oi..




PETM (Pelaburan Emas Tanpa Modal)
Hai, apa khabar Anda ?


Berapa ramai tahu tentang persoalan-persoalan yang mungkin menjadi batu
penghalang untuk Anda lakukan terus
strategi PETM . Cer cuba bace ni :


1)
Gaji kecil, saving pun tiada. Jangankan RM100
sebulan, malah RM30 pun tak boleh nak disimpan.
Takde simpanan mana boleh buat teknik ini.

Jawapan :

Saving paling kurang RM30 takkan tak boleh
simpan, itu dah memadai untuk bermula.
Lagipun jika itu kondisinya, anda di ambang
bahaya kerana jika Anda belajar di
mana pun, menyimpan 10% minimum dari gaji
setiap bulan adalah kunci YANG PALING PENTING
dalam pengurusan kewangan peribadi.

Anda kena bertindak cepat untuk pastikan
masalah gaji takde saving selesai secepat
mungkin sebelum ia makin parah.



2)
Harga emas kan mahal. Baru 1 gram pun dah beratus
ringgit harganya.  Mana larat nak beli tiap-tiap
bulan.

Jawapan :

Boleh buat dengan PETM, yakinkan diri. Itu sebab
PETM dicipta, untuk membolehkan Anda
konsisten membeli emas tiap bulan tak miss, tapi
komitmen bulanan tetap OK terurus macam biasa.

Harga emas bukan persoalannya kerana harga emas
hanya akan menentukan berapa gram yang mampu
Anda  beli sahaja.



3)
Leceh lah pulak nanti dah simpan emas tiap-tiap
bulan, mana nak letak emas-emas tu? Takkan nak
letak semua kat rumah, bahaya tu...

Jawapan :

Ada caranya nak buat PETM tapi tak perlu
simpan stok banyak-banyak di rumah. Hanya
simpan 1/10 sahaja dari jumlah stok yang
terkumpul di rumah. Kalau ada 1 kg stok,
hanya simpan di rumah dalam 100 gm sahaja.



4)
Bila semua saving dah jadi emas, kalau berlaku
kes-kes kecemasan,  nak cekau duit cash
kat mana?

Jawapan:

Terus siap masukan budget kecemasan dalam
bahagian liability, bukan simpanan. Jadi
setiap bulan tetap ada budget kecemasan.



5)
Tak yakin dengan cara PETM ini. Dalam fikiran
Anda hanya tertumpu pada perkataan "PINJAMAN"
sahaja untuk emas. Agak-agak nak melabur emas
nanti, guna pinjaman bank sahaja lebih mudah
untuk beli emas. Cepat sikit dapat pegang
emas.

Jawapan:

Pinjaman tidak akan selesaikan masalah, ia
hanya akan burukkan lagi keadaan kewangan Anda .
Cashflow bulanan akan lebih terbeban setiap bulan
nanti. Mula dengan apa yang ada sahaja, lebih selamat
dan kurang risiko. Sebelum nak meminjam tu kena
berfikir dulu, bagaimana nak bayar ansuran bulanan
bank nanti?


6)
Mungkin juga Anda  tak minat lagi dengan
pelaburan emas. Jangan begitu, rugi kalau tak
belajar pelaburan emas ni. Banyak
kelebihannya emas ni. Tak kenal maka tak cinta.

Jawapan :

Tidak mungkin tidak minat, sedangkan tuhan
dah letakkan emas dan perak sebagai salah satu
perhiasan dunia yang tuhan dah anugerahkan sifat
suka akan emas dan perak dalam diri setiap manusia.




7)
Mungkin Anda  pernah kena tipu atau rugi besar
dalam satu pelaburan. Dah serik dah. Malas nak
belajar apa-apa jenis pelaburan yang kena keluar modal
untuk nak mula. Takut teknik PETM ini ada udang di
sebalik batu. Takut ada taktik tersembunyi yang tidak
dapat diketahui melainkan setelah ia dicuba.

Jawapan :

Tidak salah mencuba sesuatu yang kurang
berisiko tapi sangat lumayan. Kejayaan adalah 1% sahaja
dari 99% kegagalan. Jadi jangan takut gagal, ia
satu lumrah hidup.



8)
Bagaimana nak keluarkan stok di dalam Ar Rahnu
tu?

Jawapan :

Ada 6 kaedah berkesan dah saya praktiskan
sejak Julai 2011 lalu buat PETM ini. Pasti
ada tekniknya untuk setiap kondisi kewangan
setiap orang.



9)
Di mana nak cari stok emas yang sesuai? Emas
jenis apa boleh dibeli?

Jawapan :

Boleh dibeli dari saya atau pengedar lain
offline atau online. Ramai pengedar emas di
luar sana. Jenis emas adalah apa jua emas
asalkan ia boleh dipajak di Ar Rahnu.


10)
Sampai bila nak buat skil PETM ini?

Jawapan :

Ok fasa pertama,Anda dapatkan
stok emas dari sumber gaji / elaun
sedia ada sahaja, jika stok masih kecil.

Fasa kedua, bila dah ada stok besar
minimum 300 gm, dah boleh tukar strategi.
Kali ini duit gaji dah tak penting, stok
sedia ada akan belikan stok ekstra untuk
Anda setiap bulan. Saving dari
gaji sekadar membantu.

Ini kemuncak permainan PETM ini.
Stok emas buat stok emas...



Ok saya dah jawab semua persoalan yang
mungkin timbul dalam nak melaksanakan
PETM ini. Jadi apa tunggu lagi mulakan
sekarang PETM.




Salam sukses,

Copy paste dari: 

Khairulnizam
PETM 2013

Friday, January 4, 2013

Math Fobia Vs ...


keindahan matematik
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
...
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111


  9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini: 1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
al_khwarizmi-full
Al-Khawarizmi:: Tokoh Matematik Islam tersohor.
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini
101%Dari sudut pandangan matematik : 
Apakah ia sama dengan 100%? 
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%? 
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%? 
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100% 
math2
Adi Putra::Genius matematik kelahiran Malaysia

Bagaimana nak MENCAPAI 101%? 
Apakah nilai 100% dalam hidup? 
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya. 






Jika:
A  B  C  D  E  F  G  H  I  J  K  L  M  N  O  P  Q  R  S  T  U  V  W  X  Y  Z
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
Jika:
K- E -R -J -A   K -E -R -A -S
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Dan:
K -N -O -W -L -E -D -G -E
11 +14 +15 +23 + 12+ 5 +4 +7 + 5 = 96%
Serta:
S-I-K-A-P   D -I -R -I
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%
Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.
00731-funny-cartoons-speed-limit
lepas ni semua pemandu perlu pandai matematik


Tapi
L -O -V -E   O -F   G -O -D
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
atau
S-A-Y-A-N-G   A-L-L-A-H ♥
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% :|
Pesanan Penaja:: entri kali ni aku copy & paste dari facebook dan blog/ pakcik google.Sumber sebenar tidak dapat dikesan.

http://superbkanopi.blogspot.com 0103404696

Thursday, March 8, 2012

KELEBIHAN SOLAT LIMA WAKTU


Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata,

'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'                      

Lalu Rasullullah saw bersabda,
'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi,
'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
                     
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata,
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

Rasullullah saw bersabda,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.' Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
                          
1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
 
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw,
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar   selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,
'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'
                     
Sabda Rasullullah saw,
'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'
 
Sedikit peringatan untuk kita semua:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah: ayat 155)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah: ayat 286)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga EMAS GCP hari ini

Harga Logam Utama Dunia Hari ini

Getaran Wang

Sembangsembang

Tengok TV