Assalamualaikum wbt,
renungkan kata-kata Robert T. Kiyosaki ini,
Ultimately, it is not gold, stocks, real estate, hard work or money that makes you rich. It is what you know about gold, stocks, real estate, hard work and money that makes you rich.”
Ramai yang tahu, terdapat pelbagai peluang pelaburan di luar sana. Namun begitu, tak perlu lah kita nak kata, “Pelaburan emas lebih baik berbanding pelaburan yang lain“. Dan tak perlu juga geng-geng rumah lelong kata,”Pelaburan rumah lelong jauh lebih baik daripada emas dan lain2“. Isu utama bukanlah pada apa yang kita laburkan tetapi isu utama ialah untuk melabur dengan bijak ke atas apa yang kita yakin, minat dan menjadi seorang yang benar2 mahir tentang pelaburan tersebut. Dan of course, pelaburan tersebut mesti patuh pada syariat Islam la.
Kalau kita cakap, “Pelaburan emas adalah pelaburan yang terbaik“, maka berduyun-duyun geng2 yang minat dan yakin dengan pelaburan rumah lelong akan list kan keburukan melabur dalam emas. Kemudian, geng2 emas ’serang’ balik dengan highlight seribu-satu keburukan dan kesusahan yang perlu di hadapai jika melabur dalam rumah lelong. Dan seterusnya…the chain reaction doesn’t stop.
Sedangkan, setiap orang mempunyai pengetahuan, minat dan circimstances hidup yang berbeza-beza. Maka sudah pasti pilihan yang di buat oleh mereka juga berbeza-beza. Susah atau pening kepala macam mana pun, kalau dah minat dan ada kemampuan serta pengetahuan, memang seseorang itu akan tetap terus dengan pelaburan tersebut sehinggalah matlamat mereka tercapai.
Dan…
…semua orang tahu bahawa setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri. Dengan melabur, ada orang yang rugi, ada orang yang untung. Ada juga yang untung besar selama berpuluh-puluh tahun dalam membuat pelaburan (i.e. Warren Buffet) dan ada juga sebaliknya.
Namun, kenapa Warren Buffet dapat jadi orang yang terkaya di dunia dengan hanya melabur? Adakah dia jadi kaya-kaya dengan semata-mata melabur dalam ASB dan mutual funds alike; the glorified “low risk-high yield” diversified portfolio investment?
Ramai juga yang risau dan tanya pasal gold bubble. Bagi saya, yang patut kita tanya ialah bagaimana pelabur2 yang berjaya menghadapi bubble phenomena ni?
Ada yang berfikir, “Jangan melabur kat emas lah sebab Warren buffet jadi kaya-raya sebab melabur dalam saham. Jom main saham je. Yang lain tak payah main“. Dah tu…Bill Gates, Donald Trump, Steve Job, Forbes dan lain2 jadi kaya raya sebab buat sebijik macam Warren Buffet ke? Nasib takde yang kata, “Jangan melabur kat apa2 pun. Kita buat software je sebab Bill Gates jadi orang terkaya di dunia dengan buat bisnes software. Benda lain tak yah buat. Gerenti tak kaya“. Wah! Orang lain yang kaya raya sebab buat benda lain daripada Bill Gates tu jadi kaya macam mana? Kongsi gelap? Diorang ada kilang cop duit? Adoii…itu semua adalah perbandingan yang tidak betul dalam menentukan pelaburan mana yang lebih baik.
Seperkara lagi ialah, ramai yang anggap orang2 kaya menjadi kaya-raya kerana mereka memang dilahirkan dalam keluarga kaya. Ramai yang beranggapan orang2 kaya dapat menjadi kaya-raya kerana mereka memang sudah kaya, maka mudah lah mereka nak melabur, buat bisnes itu dan ini untuk menjadikan mereka lebih kaya lagi. Kalau anda berfikiran seperti ini, percayalah..anda silap. Sebenarnya, mereka juga start from scratch, seperti saya dan anda.
Dan ingat ye, saya tulis ‘kaya-raya’ atau ‘filthy rich’. Itu berbeza dengan ‘kaya’. Bagi saya, kalau duit baru berpuluh juta, itu baru tahap ‘kaya’. Belum lagi tahap ‘kaya-raya’ atau ‘filthy rich’.
Selain itu, ramai yang refer kat saya pelbagai artikel dan maklumat berkenaan negativity dalam melabur dalam emas. Niat mereka baik. Mereka minta saya jelaskan dengan lebih lanjut. Saya suka orang sebegini dan bagi saya, orang sebegini ada potensi untuk menjadi kaya-raya melalui pelaburan kerana sikap mereka yang bijak.
Kenapa saya cakap macam tu?
Jawapannya ialah, mereka educate diri mereka sendiri tentang pelaburan yang mereka minati. Mereka educate diri mereka dengan bertanya pada orang yang lebih tahu, membaca buku dan artikel2, dan sebagainya.
Mereka calculate risiko yang perlu di hadapi, mereka lihat kemampuan mereka dan mereka letak matlamat dalam membuat pelaburan. Dan yang terlebih penting ialah, mereka bertindak. Bukan setakat fikir dan tengok dulu, fikir dan tengok dulu, fikir dan tengok dulu…sampai ke tua.
Inilah rata-rata perbezaan kita dengan orang2 seperti Warren Buffet, Donald Trump dan Robert Kiyosaki. Mereka fokus dan educate diri mereka setiap hari ke atas pelaburan yang mereka minat sehingga mereka menjadi sangat bagus dalam apa yang mereka lakukan.
Mentor saya dalam industri emas ni yang saya kenal sejak belajar di MMU lagi, En Syukor Hashim… pernah bagitau kat saya lebih kurang macam ni, “Alif, awak spend RM1000++ dan pergi beli SEMUA buku2 berkaitan emas yang dijual di amazon.com. Kalau kita tahu apa yang kita buat, orang tanya la apa pun, insyaAllah kita boleh jawab“. Pastu, sambil membenarkan apa yang dia kata, saya gelak dan jawab balik, “Minggu lepas baru je saya beli 3 buku kat Kinokuniya KLCC. Itu pun tak habis baca lagi“. En Syukor jawab selambe je, “Kalau ada niat nak baca, awak akan baca. Kalau takde niat nak baca, memang tak baca lah“. Hehehe…kene sebijik Alip! (Tak lama lepas tu, saya pun terus beli 2 buah buku lagi berkenaan emas di amazon.com. Banyak lagi nak beli nanti nih).
Memang itupun yang dibuat oleh orang2 kaya. Mereka banyak membaca bahan bacaan yang berkualiti. Mereka buat networking dengan orang2 yang serious untuk berjaya. Kebanyakkan mereka mempunyai mentor dalam bidang yang berkaitan dan mereka juga selalu menghadiri seminar2 yang bagus2 untuk selalu check and balance akan progress mereka.
Dengan kata lain, mereka ni kaya bukan sebab mereka ada emas, saham dan sebagainya tapi mereka kaya kerana mereka berpengetahuan dan berkemahiran dalam apa yang mereka lakukan berkaitan emas, saham dan lain2.
Dipetik daripada website http://blog.aidan.com.my/2010/01/5-keupayaan-seoarang-usahawan-bhg-2/
No comments:
Post a Comment