Share This

Thursday, July 30, 2009

6 TIP MUDAH UNTUK HIDUP MEWAH

Oleh Irfan Khairi....jutawan muda tu...

1: Tak perlu kopi & rokok!

OK OK.... Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai "The Latte Factor" oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)?Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.

2: Potong kad kredit

Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan- perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda.Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.

3: Jaga emosi

Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian. 90% keputusan belian adalah keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi. Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam fikiran anda "Jaga emosi... jaga emosi... jaga emosi"!

4: Pakar 1 topik kewangan

Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu embaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja.Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkn anda minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan Internet.

*Tip: Sertai Workshop Jutawan Internet untuk mempelajari kaedah menjalankan perniagaan melalui Internet! Klik di sini

Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.

5: Cari kawan baru

Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi... erm.... Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja!Dapat kan kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!

6: Jangan baca sahaja

Jangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin tip-tip 1-5 ini anda telah baca sebelum ini, tapi, tabiat manusia sering melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha.Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!

Sunday, July 19, 2009

Peserta Kursus RedHat Linux

Saya berada no 4 dari kanan baris belakang sekali.... Tambah ilmu Redhat untuk pengurusan server Suse, katanya boleh dan sama je...

Thursday, July 16, 2009

SENARAI TUGAS GURU PENYELARAS BESTARI

Peringkat : Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan : Guru Penyelaras Bestari (DG41 / DG29) ada juga DG 44, 48...
Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi,
waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi.

1. Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.

2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.

3. Mengurus dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.

3.1 Memastikan kemudahan insfrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

3.2 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan sebagainya.

3.3 Memastikan kesemua insfrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.

3.4 Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan insfrastruktur teknologi tempatan.

4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.1 Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan oleh pihak pengguna.

4.2 Mengurus keperluan insfrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

4.3 Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan sebagainya.

5. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan Pengajaran dan Pembelajaran.

5.2 Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.

6. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

6.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengurus sistem computer (hardware & software) dan aplikasi perisian.

6.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.

6.3 Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System atau SSMS) dalam pengurusan sekolah beroperasi dengan baik.

7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

7.1 Menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian yang dibekalkan.

8. Sebagai pengurus e-mel.

8.1 Mengurus akaun dan e-mel warga sekolah.

9. Memastikan integriti dan keselamatan data.

9.1 Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

9.2 Memastikan keselamatan kemudahan insfrastruktur teknologi dengan langkah-langkah seperti berikut:-



9.2.1 Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.

9.2.2 Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.

9.2.3 Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.

9.2.4 Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.

9.3 Memastikan keselamatan melalui langkah-langkah berikut:-

9.3.1 Memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar.

9.3.2 Memastikan computer bebas dari virus.

9.3.3 Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.

9.3.4 Membuat backup dan replikasi maklumat mengikut jadual yang disyorkan.

10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semasa.

10.1 Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer, dan lain-lain lagi.

10.2 Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian seperti Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

10.3 Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan dan sentiasa memastikan bahawa pengguna (Enduser) dapat menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum.




11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak yang berkenaan.

11.1 Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang ditetapkan.

11.2 Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap kecekapan rangkaian, tahap penggunaan komponen Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu perancangan menaik taraf kemudahan ICT sekolah.

11.3 Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.

12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.

12.1 Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan insfrastruktur teknologi.

12.2 Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.

13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.

13.1 Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar negara mengenai Penyelarasan Bersepadu Bestari.

Moodle

PENGGUNAAN APLIKASI
e-LEARNING (MOODLE)

Perkembangan Teknologi Informasi (TI) sudah mempengaruhi berbagai aspek
kehidupan masyarakat. Pada bidang Pendidikan, dampak yang muncul ialah kegiatan
belajar dan mengajar yang dikenal dengan konsep e-Learning. Pada Artikel ini, saya
tidak perlu lagi membahas asal muasal e-Learning, keuntungan, perkembangan dan
stategi pengelolaan e-Learning. Mas Romi Satria Wahono sebagai Pakar Profesional
berpengalaman telah memaparkan secara lugas dan jelas pada tulisan sebelumnya.
I. Pendahuluan
Tulisan ini membahas secara singkat salah satu aplikasi e-Learning yang ada,
yaitu MOODLE. MOODLE adalah paket software yang diproduksi untuk kegiatan
belajar berbasis internet dan website. MOODLE terus mengembangkan rancangan
sistem dan desain user interface setiap minggunya (up to date). MOODLE tersedia dan
dapat digunakan secara bebas sebagai produk open source dibawah lisensi GNU.
MOODLE merupakan singkatan dari Modular Object-Oriented Dynamic
Learning Environment yang berarti tempat belajar dinamis dengan menggunakan model
berorientasi objek. Dalam penyediannya MOODLE memberikan paket software yang
lengkap (MOODLE + Apache + MySQL + PHP) yang dapat di download di :
http://download.moodle.org/download.php/windows/MoodleWindowsInstaller-latest-17.zip
II. MOODLE
Beberapa hal gambaran dan kelebihan tentang moodle, yaitu :
100% cocok untuk kelas online dan sama baiknya dengan belajar tambahan yang
langsung berhadapan dengan dosen/guru.
Sederhana, ringan, efisien, dan menggunakan teknologi sederhana.
Mudah di Install pada banyak program yang bisa mendukung PHP. Hanya
membutuhkan satu database.
Menampilkan penjelasan dari pelajaran yang ada dan Pelajaran tersebut dapat dibagi
kedalam beberapa kategori.


Terimakasih.

Dipetik daripada :
Lisensi Dokumen:
Copyright © 2003-2006 IlmuKomputer.Com
Seluruh dokumen di IlmuKomputer.Com dapat digunakan, dimodifikasi dan
disebarkan secara bebas untuk tujuan bukan komersial (nonprofit), dengan syarat
tidak menghapus atau merubah atribut penulis dan pernyataan copyright yang
disertakan dalam setiap dokumen. Tidak diperbolehkan melakukan penulisan ulang,
kecuali mendapatkan ijin terlebih dahulu dari IlmuKomputer.Com.

Tuesday, July 14, 2009

Bab 2 Peralatan Dan Komponen Komputer

2.1 Casing
Casing merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad
paparan, kad modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing iaitu :
a. Tower – Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan mini tower
b. Desktop – Desktop dan Slimline
Pemilihan jenis casing bergantung kepada keperluan ruang dan jangkaan peningkatan
taraf di masa hadapan. Pemilihan casing jenis Mini Tower sudah mencukupi untuk
majoriti pengguna normal.
Rajah 1: Jenis-jenis Casing.
Jenis
Casing Saiz External
Bays
Internal
Bays
Sistem
Pendingin
Power
Supply
(Watt)
Harga
Full Tower Tinggi 2 + 4atau
lebih
3 hingga 5
atau lebih
Tersangat
baik 250 Sangat
Mahal
Mid Tower Pertengahan 2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 200 hingga
300 Mahal
Midi Tower
Pertengahan
sehingga
kecil
2 + 2 atau
2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 170 hingga
300 Pertengahan
Midi Tower
Pertengahan
sehingga
kecil
2 + 2 atau
2 + 3 2 hingga 4 Sangat baik 170 hingga
300 Pertengahan
Mini Tower Kecil 2 + 2 2 atau 3 Baik 170 hingga
250 Murah
Desktop Kecil 2 + 2 1 atau 2 OK 150 hingga
230 Murah
Slimline Kecil dan
nipis 1 + 2 1 atau 2 Kurang baik 90 hingga
200 Pertengahan
Jadual 1 : Perbandingan Casing

Bab 1 Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

1.1 Pengurusan Makmal Komputer
Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang
harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi
perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.
Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini
diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.
1.2 Peraturan Makmal Komputer
2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin
atau semasa ketiadaan guru.
2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya
tersusun rapi dan kemas.
2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang
bertugas di makmal komputer.
2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan
makmal komputer.
2.7 Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam
buku log / rekod penggunaan makmal komputer.
2.8 Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamatalamat
yang melampau / tidak bermoral(lucah).

Inilah duniaku


Guru Penyelaras Bestari

SMK Bandar Baru Bangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga EMAS GCP hari ini

Harga Logam Utama Dunia Hari ini

Getaran Wang

Sembangsembang

Tengok TV


Anak Score A, Anda Score RM

>

Jom OhBelog

Untuk Yang Kahwin Je