Sunday, December 13, 2009

Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu.Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari dibelakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu samadengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas didalam lori dia..lori itu bertukarmenjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidakpuas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ketempat kejadian, dia terusmemukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu didalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjeritmenggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati. Mati Akal Menceritakannya.

Tuesday, December 1, 2009

Ha Ha Ha

Hati-hati bila menaiki bas (18sg)

Peringatan bagi mereka yg menggunakan jalan melalui (Kuala selangor)

Kisah bermula pada suatu malam...

Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie bersama

rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan

dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya

dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat

India... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.

Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba

berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai.

Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu

jalan dan mereka cuba mencari

bantuan jika ada kenderaan yang lalu.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari

arah KualaSelangor. Bas tersebut bergerak

terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah

jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Tanpa membuang

masa mereka pun pergi ke arah bas tersebut. Oleh kerana terlalu

perlahannya bas tersebut, mamat tue dan rakannya dapat jugak menaiki

bas tersebut walaupun ia sedang bergerak. Alangkah terkejutnya

mereka berdua kerana tiada pemandu yang memandu bas itu. Mereka

memberanikan diri untuk masuk ke dalam bas dan apabila mereka tiba

di bahagian kerusi terakhir bas tersebut, mereka ternampak sesuatu

di luar bas melalui cermin belakang bas dan...ya Allah!.........

...

...

...

...

...

...

...

...


mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas

tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.
WAKAKAKAKAHKAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga EMAS GCP hari ini

Harga Logam Utama Dunia Hari ini

Getaran Wang

Sembangsembang

Tengok TV