Tuesday, December 1, 2009

Ha Ha Ha

Hati-hati bila menaiki bas (18sg)

Peringatan bagi mereka yg menggunakan jalan melalui (Kuala selangor)

Kisah bermula pada suatu malam...

Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie bersama

rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan

dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya

dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat

India... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.

Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba

berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai.

Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu

jalan dan mereka cuba mencari

bantuan jika ada kenderaan yang lalu.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari

arah KualaSelangor. Bas tersebut bergerak

terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah

jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Tanpa membuang

masa mereka pun pergi ke arah bas tersebut. Oleh kerana terlalu

perlahannya bas tersebut, mamat tue dan rakannya dapat jugak menaiki

bas tersebut walaupun ia sedang bergerak. Alangkah terkejutnya

mereka berdua kerana tiada pemandu yang memandu bas itu. Mereka

memberanikan diri untuk masuk ke dalam bas dan apabila mereka tiba

di bahagian kerusi terakhir bas tersebut, mereka ternampak sesuatu

di luar bas melalui cermin belakang bas dan...ya Allah!.........

...

...

...

...

...

...

...

...


mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas

tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.
WAKAKAKAKAHKAH...

2 comments:

  1. Pernah tak dengar cite mamat teksi ambil pompuan seksi lewat malam kat kawasan Highland Towers tumbang. Dia ingat GRO baru nal balik dari club..dah lewat 2-3 pagi. Dek kesian dia pun ambillah sebagai penumpang akhir sebelum dia balik rumah. Sebaik saja pompuan tu masuk dalam teksi, terbau busuk..tak tahan tekak mamat tu...sepanjang perjalanan tahan busuk. Sampai ke destinasi...pompuan tu turun kat kawasan tanak perkuburan...dan hulurkan wang tambang. mamat tiu dah mula nak risau..pompuan,bau busuk,turun kat tanah perkuburan. Dalam keadaan tergamam, mamat tu teragak-agak juga nak terima wang tu. Pompuan seksi pun pujukla...ambil le bang tambangnya. Minta maaf la ye bang...sepanjang perjalanan tadi saya terkentu sebab sakit perut sangat ni...Sori ywe bang!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga EMAS GCP hari ini

Harga Logam Utama Dunia Hari ini

Getaran Wang

Sembangsembang

Tengok TV