Share This

Wednesday, February 16, 2011

appendiks.. let's share!

Hari Sabtu lepas (12/2/2011) setelah habis mengendalikan / memperhatikan aktiviti pengakap sekolah, aku pulang kerumah untuk berehat. Sesampai saja dirumah, perutku berasa memulas dan bermulalah episod aku mengalami penyakit appendiks. Patutlah selama ini aku merasa sakit diperut dan selalu makan panadol untuk mengurangkan rasa sakit di kepala, demam dan juga dalam perut tu.

Aku pergi klinik dan Dr check, dia kata maybe gastrik. Aku balik bawak dan makan ubat Namun sampai hari ahad, masih kesakitan tidak tertahan. Aku pergi keklinik tu sekali dan Dr tu memberi surat untuk aku  direfer ke Hospital Serdang jam 8 malam. Dek kerana Hari tu Ahad, ramai pesakit di Wad kecemasan,  aku menunggu lama sampai jam 11 baru dapat masuk untuk pemeriksaan Dr Hospital dan dicheck dibahagian perut kanan terasa amat sakit, Dr menasihatkan untuk dibedah hari itu juga. Itu lah sebenarnya setelah 43 tahun pertama kali aku dimasukkan ke wad dan dibedah. Dengan diiringi isteri mengambil ujian darah dan xray kemudiannya dimasukkan ke wad 6C, HS jam 12.30 malam. Aku diperiksa dengan diambil tekanan darah, kandungan gula, degupan jantung dan macam lagi. 

Masuk wad, macam macam kes ada, bangla gastrik, ada pakcik yang terberak atas katil, sebelah katilaku je, baunya semerbak kalbu. Namun sebab sakit, ku biarkan aje. Tu kerje nurse, Isnin Pagi 14/2/2011 hari Valentine bagi orang bukan islam,jam 6, nurse dah mula memasukkan ubat macam-macam kedalam badan, Dextrose Monohydrate lah, Sodium Chloride lah, (amacam pernag ku tengok ubat ini, Yaaa.. Inilah ubat yang kau uruskan semasa kerja di Kilang Promedipharm tahun 1993 dulu)  Nurse kata kena pergi kewad bedah sekarang juga. sebenarnya sejak jam 11 malam tu  dah tak makan tak minum, Dr suruh puasa. Dia bagi air ubat je masuk badan berbotol botol malam tu jugak. 

Tepat jam 8.40 aku tengok jam dalam bilik bedah, Dr Allen memperkenalkan diri, Dr yang akan melakukan pembedahan. Setelah itu aku tak tahu apa berlaku, tau tau jam 11 ada nurse memanggil aku, bangun pakcik, pindahkan badan ke katil sebelah untuk dihantar balik ke wad. Alhamdullillah, dah selesai pembedahan aku rasa sebab ada semacam sakit sikit kat perut kanan. Sah le tu.

Masuk wad, aku mohon tukar ke wad kelas satu yang aku layak tapi nurse kata penuh, yang ada kelas dua, jadilah, janji tak kelas 3 sebab ramai dan ada bau, tak tahan gue. Tandas jauh, macam mana nak uk uk nanti. Nurse pindah kan katil aku ke wad kelas dua, satu bilik berkatil empat. Aku sorang je dalam tu, legaa.. ,

Sampai le esoknya Isnin, baru ada 2 lagi pesakit batu hempedu dan angin pasang masuk. Pagi tu juga Dr check, aku dah boleh balik rumah. Legaaa lagi. Petang itu ada le datang family dari Perak melawat. Meriah wad tu sekejap. Tunggu proses lama untuk discaj pulak. Jam 3 baru sampai rumah. 

Apa apa pun bawah ni, maklumat untuk semua tantang penyakit ni, just share lah.. allright.. pasni kena pantang makan sambal yang ada biji cili.. sedih, favorite tu...

Apapung.. semangat mesti kuat, hidup mesti diteruskan, .... zasssss.


RADANG APPENDIK
Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.

Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

FAKTOR PENYEBAB
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :
  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain .
Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.


KOMPLIKASI

  1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.
  2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).
RAWATAN
PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit. 
Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.
Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.
sumber : mayoclinic
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga EMAS GCP hari ini

Harga Logam Utama Dunia Hari ini

Getaran Wang

Sembangsembang

Tengok TV


Anak Score A, Anda Score RM

>

Jom OhBelog

Untuk Yang Kahwin Je