Thursday, June 17, 2010

Kerengge dan SNIOP

ASSALAMUALAIKUM....Apa khabar semua? Ok..Hari ini saya nak berkongsi dengan anda tentang pengalaman menghadiri program motivasi baru-baru ini di UM, Auditorium Blok C. Ya....

Program itu dikendalikan oleh sebuah badan, Kenshido International, dan antara penceramahnya ialah Aziz Samad, seorang jutawan hasil penglibatannya dalam perniagaan e pendidikan. Antara yang menarik ialah kisah Kerengga dan SNIOP yang harus jadi renungan dan menungan kita andai kita ingin membina dan melakar kejayaan dalam hidup.


KERENGGA - ADA APA DENGAN KERENGGA?

Kerengga adalah sejenis serangga yang disifatkan sebagai makhluk 'tidak bersyukur.' Apabila kita menanam pokok rambutan misalnya, sikerengga akan menumpang berteduh dan tinggal di atas pokok. Kita sebagai tuan pokok membiarkan sahaja. Apabila pokok berbuah, sikerengga ini akan bersarang di dedaunan kekadang betul-betul dekat dengan buah rambutan. Pun masih kita biarkan.

Apabila kita hendak memetik buah rambutan, sikerengga yang 'nakal' ini akan mengerumuni buah-buahan itu lalu menggigit tangan kita...tangan yang membiarkan mereka bermaharajalela tinggal dan membuat sarang.

Perumpamaan ini diberikan oleh En Aziz terhadap manusia yang suka bersikap negatif terhadap orang lain yang ingin menerokai kejayaan. Mereka cukup pantang melihat insan lain mengecapi kecemerlangan biarpun insan-insan itu sahabat-sahabat mereka. Mereka akan memerli, mengeji, menidakkan, mempertikai dan sebagainya. Sepatutnya sebagai sahabat mereka menggalakkan dan memberi sokongan padu.

SNIOP - SYNDROME NEGATIVE INFLUENCE OTHER PEOPLE


Ada pula sejenis spesies manusia yang suka sangat berkata tidak, mustahil, tak mungkin, tak boleh, gila punya kerja terhadap apapun usaha-usaha yang dilakukan oleh orang lain. Kalau kerengga melakukannya kerana dengki, SNIOP melakukannya dengan menyerang peribadi orang itu sendiri. Misalnya;

- Mana boleh kau nak buat bisnes macam ni?
- Kau tak layaklah nak ambil course macam tu...susah tahu...
- Dah ramai orang gagal, kau saja yang gila nak ambil bidang tu...


INSAN YANG BERJAYA

Insan yang berjaya adalah insan yang berjaya menangani kerengga dan SNIOP. Ini kerana kerengga dan SNIOP akan menghormati kita seandainya kita berjaya dalam sesuatu bidang. Insan gagal adalah insan yang mudah tumbang selepas digigit kerengga atau diserang SNIOP.

PILIHAN KITA...HENDAK BERJAYA ATAU GAGAL...NAK KE TAK NAK?

Dr HM Tuah pernah menulis buku "Nak Ke Tak Nak?" Jadi kecemerlangan, kesederhanaan, kegagalan adalah pilihan kita.

Tak apalah...itu pilihan anda. Anda yang menentukan masa depan dan insyallah Allah memakbulkan. Mengikut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat, daripada 100 orang manusia yang dipanjangkan usia sehingga 65 tahun:

54 orang berada dalam KEMISKINAN
36 orang telah MENINGGAL DUNIA
5 orang TERPAKSA BEKERJA
4 orang MEMILIKI SUMBER KEWANGAN YANG STABIL
1 orang KAYA RAYA.

Jadi, anda nak jadi orang yang mana ketika berusia 65 tahun? Jika ingin menjadi golongan SATU PERATUS (KAYA RAYA), hubungi saya sekarang...(seandainya usia anda melewati 18 tahun)....ada JALAN UNTUK ANDA....hubungi talian 0103404696 (SMS Sahaja)....okay..jumpa lagi...ingat, JANGAN PEDULIKAN KERENGGA DAN SNIOP JIKA INGIN MENUJU KE ANGKASA KEJAYAAN! Terima kasih sifuku, En Aziz dan En Safian juga En Imran...

Coklat..

Coklat bukan saja untuk anak kecil, tetapi ia juga banyak dinikmati orang dewasa. Khabarnya, coklat banyak memberi manfaat untuk seks, kecantikan, dan kesihatan kita.

Coklat sering dijadikan hadiah untuk orang tersayang. Bahkan ia juga menjadi tanda cinta seseorang kepada pasangannya.

Lalu, mengapa ia dijadikan tanda cinta? Apa sebenarnya kandungan zat yang terdapat di dalamnya sehingga makanan ini diminati oleh ramai orang?

Mari kita baca selanjutnya tentang rahsia coklat:

Coklat untuk Ghairah Seks

Alasan mengapa banyak orang memberikan coklat untuk orang tersayang adalah kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta. Mungkin ini disebabkan coklat memiliki tekstur lembut dan mudah cair secara perlahan-lahan saat dikulum dalam mulut.

Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang memakannya. Selain itu, coklat dapat memberikan perasaan nyaman, rileks, dan dapat meningkatkan ghairah seksual.

Rasa nyaman yang timbul setelah menikmati coklat bukan setakat perasaan saja, kerana coklat mengandung ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.

Zat-zat inilah yang kemudian merangsang pengaktifan serotonin di otak yang selanjutnya akan menjadikan perasaan seseorang itu nyaman.

Selain itu, zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat menstimulasi jaringan saraf dan jantung yang membuat kita terjaga dan bersemangat.

Kesan ini juga biasa diperoleh dari kafein pada kopi atau teh. Manfaat theobromine yang lain adalah dapat meredakan batuk.

Coklat juga mengandung phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan lain mengapa coklat sering diberikan sebagai hadiah tanda cinta.

Coklat untuk Kesihatan

Coklat dengan kandungan koko (biji coklat) lebih dari 70% juga memiliki manfaat untuk kesihatan kerana coklat kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid.

Dengan adanya antioksidan, akan mampu menangkap radikal bebas dalam tubuh. Besarnya kandungan antioksidan ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau, minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksidan.

Dengan adanya antioksidan, ia membuatkan coklat menjadi salah satu minuman kesihatan. Fenol, sebagai antioksidan mampu mengurangi kolesterol pada darah sehingga dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung dan berguna untuk mencegah timbulnya kanser dalam tubuh, mencegah terjadinya stroke dan darah tinggi.

Selain itu kandungan lemak pada coklat terbukti bebas kolesterol dan tidak akan menyumbat pembuluh darah.

Coklat juga mengandung beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E.

Selain itu coklat juga mengandung zat mahupun nutrisi yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Koko merupakan sumber magnesium tertinggi.

Jika seseorang mengalami kekurangan magnesium, ia dapat menyebabkan hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit sendi dan masalah bulanan wanita iaitu pra menstruasi (PMS).

Dengan memakan coklat akan menambah magnesium dalam gizi harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesteron pada wanita. Hal ini akan mengurangi kesan negatif dari PMS.

Coklat untuk Kecantikan

Manfaat lain yang boleh didapati dari coklat adalah untuk kecantikan. Antioksidan dan katekin yang ada di dalamnya dapat melambatkan proses penuaan. Maka tidak hairan jika coklat boleh dijadikan makanan diet yang baik.

18SX..Jangan baca..

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana
besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut
usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu
mula mengantuk
semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si
isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan
bangun dari katil
tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga EMAS GCP hari ini

Harga Logam Utama Dunia Hari ini

Getaran Wang

Sembangsembang

Tengok TV