Thursday, June 17, 2010

Kerengge dan SNIOP

ASSALAMUALAIKUM....Apa khabar semua? Ok..Hari ini saya nak berkongsi dengan anda tentang pengalaman menghadiri program motivasi baru-baru ini di UM, Auditorium Blok C. Ya....

Program itu dikendalikan oleh sebuah badan, Kenshido International, dan antara penceramahnya ialah Aziz Samad, seorang jutawan hasil penglibatannya dalam perniagaan e pendidikan. Antara yang menarik ialah kisah Kerengga dan SNIOP yang harus jadi renungan dan menungan kita andai kita ingin membina dan melakar kejayaan dalam hidup.


KERENGGA - ADA APA DENGAN KERENGGA?

Kerengga adalah sejenis serangga yang disifatkan sebagai makhluk 'tidak bersyukur.' Apabila kita menanam pokok rambutan misalnya, sikerengga akan menumpang berteduh dan tinggal di atas pokok. Kita sebagai tuan pokok membiarkan sahaja. Apabila pokok berbuah, sikerengga ini akan bersarang di dedaunan kekadang betul-betul dekat dengan buah rambutan. Pun masih kita biarkan.

Apabila kita hendak memetik buah rambutan, sikerengga yang 'nakal' ini akan mengerumuni buah-buahan itu lalu menggigit tangan kita...tangan yang membiarkan mereka bermaharajalela tinggal dan membuat sarang.

Perumpamaan ini diberikan oleh En Aziz terhadap manusia yang suka bersikap negatif terhadap orang lain yang ingin menerokai kejayaan. Mereka cukup pantang melihat insan lain mengecapi kecemerlangan biarpun insan-insan itu sahabat-sahabat mereka. Mereka akan memerli, mengeji, menidakkan, mempertikai dan sebagainya. Sepatutnya sebagai sahabat mereka menggalakkan dan memberi sokongan padu.

SNIOP - SYNDROME NEGATIVE INFLUENCE OTHER PEOPLE


Ada pula sejenis spesies manusia yang suka sangat berkata tidak, mustahil, tak mungkin, tak boleh, gila punya kerja terhadap apapun usaha-usaha yang dilakukan oleh orang lain. Kalau kerengga melakukannya kerana dengki, SNIOP melakukannya dengan menyerang peribadi orang itu sendiri. Misalnya;

- Mana boleh kau nak buat bisnes macam ni?
- Kau tak layaklah nak ambil course macam tu...susah tahu...
- Dah ramai orang gagal, kau saja yang gila nak ambil bidang tu...


INSAN YANG BERJAYA

Insan yang berjaya adalah insan yang berjaya menangani kerengga dan SNIOP. Ini kerana kerengga dan SNIOP akan menghormati kita seandainya kita berjaya dalam sesuatu bidang. Insan gagal adalah insan yang mudah tumbang selepas digigit kerengga atau diserang SNIOP.

PILIHAN KITA...HENDAK BERJAYA ATAU GAGAL...NAK KE TAK NAK?

Dr HM Tuah pernah menulis buku "Nak Ke Tak Nak?" Jadi kecemerlangan, kesederhanaan, kegagalan adalah pilihan kita.

Tak apalah...itu pilihan anda. Anda yang menentukan masa depan dan insyallah Allah memakbulkan. Mengikut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat, daripada 100 orang manusia yang dipanjangkan usia sehingga 65 tahun:

54 orang berada dalam KEMISKINAN
36 orang telah MENINGGAL DUNIA
5 orang TERPAKSA BEKERJA
4 orang MEMILIKI SUMBER KEWANGAN YANG STABIL
1 orang KAYA RAYA.

Jadi, anda nak jadi orang yang mana ketika berusia 65 tahun? Jika ingin menjadi golongan SATU PERATUS (KAYA RAYA), hubungi saya sekarang...(seandainya usia anda melewati 18 tahun)....ada JALAN UNTUK ANDA....hubungi talian 0103404696 (SMS Sahaja)....okay..jumpa lagi...ingat, JANGAN PEDULIKAN KERENGGA DAN SNIOP JIKA INGIN MENUJU KE ANGKASA KEJAYAAN! Terima kasih sifuku, En Aziz dan En Safian juga En Imran...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga EMAS GCP hari ini

Harga Logam Utama Dunia Hari ini

Getaran Wang

Sembangsembang

Tengok TV