Monday, May 23, 2011

Ce Baca Ce Baca

BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA


Oleh

Syukor bin Hashim

Admin

www.jutawanemas.com

Kertas kerja ini telah dibentangkan di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui

Transaksi Wang Dinar (SEDINAR09), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

pada 27/8/2009.

PENDAHULUAN.

Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran

mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. Selain daripada

dijadikan barang kemas emas juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini

kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya.

Justeru, menyimpan emas sebagai satu pelaburan merupakan tindakan yang amat bijak.

Ini kerana nilainya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang.

Jika kita perhatikan carta sejarah harga emas daripada tahun 2000 – 2009, kita akan

dapati bahawa harga emas adalah seperti berikut:

Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz

Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz

Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata kenaikan harga 27%

setahun)

BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA?

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu

1. Pelaburan emas fizikal

2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

PELABURAN EMAS SECARA FIZIKAL.

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

1. Syiling emas

2. Jongkong emas

3. Barangan kemas

Kajian kes: Harga syiling Kijang Emas di Malaysia.

Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 16 Ogos 2001 ialah RM1114.000 dan

pada 16 Ogos 2009 harganya mencecah RM 3,561

Ini adalah kenaikan sebanyak 219.65% dalam masa 8 tahun.

atau purata kenaikan harga 27.45% setahun!!

Sumber: Bank Negara Malaysia:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Bagi memaksimumkan keuntungan pelabur disarankan untuk membeli emas fizikal di

dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas. Ini kerana syiling emas dan jongkong

emas memiliki kelebihan seperti berikut:

1. Mudah dibawa

2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.

3. Mudah ditunaikan.

4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi

disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang

kemas adalah tinggi (25 % - 40%)

INSTITUSI/SYARIKAT YANG MENJUAL SYILING EMAS.

Di Malaysia, terdapat 5 institusi/syarikat yang menjual syiling emas untuk pelaburan

iaitu:

1. Maybank - Syiling Kijang Emas – http://www.maybank2u.com.my/

2. UOB Bank - http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold.htm

3. Dinar Emas Kelantan - http://dinarkel.com/

4. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold - http://publicgold.com.my/

5. Public Dinar - http://publicdinar.com/

SYILING EMAS YANG TERDAPAT DI MALAYSIA.

Gambar: Syiling Kijang Emas – Dijual di Maybank (cawangan tertentu)

Gambar: Canada Gold Maple – Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu)

Gambar: Australian Kangaroo – Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu)

Gambar: Singapore Gold Lion – Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu)

Gambar: Syiling Emas Public Gold

Gambar: Dinar emas Kelantan

Gambar: Dinar Emas Public Dinar

JONGKONG EMAS.

Selain daripada syiling emas, pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli

jongkong emas. Ini kerana harga jongkong emas biasanya adalah hampir dengan harga

emas antarabangsa, mempunyai ketulenan 999.9 serta mempunyai perbezaan harga belian

dan jualan yang rendah.

Di Malaysia terdapat 3 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli iaitu:

1. PAMP Suisse

2. Poh Kong Bunga Raya

3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd.

JONGKONG EMAS PAMP SUISSE

PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic,

precious metals products).

PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang

terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk

daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium.

Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm

Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia.

Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan.

Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga

jongkong dengan sijil berwarna merah jambu.

Jongkong emas PAMP Suisse boleh dibeli di sesetengah kedai emas, Habib Jewel dan

juga UOB Bank. Gold bar ini terdapat di dalam 2 bentuk

Gambar: PAMP Suisse dengan sijil merah jambu.

Gambar: Gambar jarak dekat jongkong emas PAMP Suisse

Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna

JONGKONG EMAS POH KONG BUNGA RAYA.

Kedai Emas Poh Kong ada menjual jongkong emas keluaran mereka sendiri.

Ia dinamakan jongkong emas Bunga Raya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut

dengan melawati laman web syarikat berkenaan di:

http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp

Gambar: Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya

JONGKONG EMAS PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD.

(PUBLIC GOLD)

Public Gold merupakan syarikat yang mengeluarkan jongkong emas untuk tujuan

pelaburan.

Syarikat ini beralamat di:

Public Fine Gold International Sdn Bhd

(818840-U)

12E Ground Floor, Jalan Rumbia,

11900 Bukit Jambul, Penang.

Tel : 04-644 9999

Jongkong emas yang dijual mempunyai berat seperti berikut: 20 gram, 50 gram, 100

gram dan 1 kg. Setiap jongkong emas mempunyai sijil ketulenan dan nombor sirinya

yang tersendiri.

Gambar: Jongkong Emas 20 gram, 50 gram dan 100 gram Public Gold.

PELABURAN EMAS MELALUI AKAUN SIMPANAN EMAS

Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh

membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 bank

yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu

1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)

2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)

Gambar: Buku akaun simpanan emas Maybank dan Public Bank

Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya

nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga

emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

Akaun simpanan ini boleh dibuka di mana-mana cawangan Maybank dan Public bank.

Bagi Maybank, pelabur boleh mengeluarkan simpanan dalam bentuk emas fizikal (cas

tambahan untuk pengangkutan dan insurans akan dikenakan) manakala bagi Public bank

pula tidak menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan di dalam bentuk emas fizikal.

Pelabur hanya boleh menjual nilai emas dan mendapat tunai.

Kebaikan membuat pelaburan dengan cara ini ialah pelabur tidak perlu bimbang masalah

menyimpan emas fizikal. Namun keburukan pelaburan cara ini ialah pelabur tidak

mendapat emas fizikal.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI

EMAS PELABURAN.

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor

berikut:

1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.

2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas

3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916

4. Stok yang mudah diperolehi

5. Perbezaan harga belian dan jualan (

6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar,

bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.

RUJUKAN

Harga Emas dunia

http://www.kitco.com/charts/historicalgold.html

Harga emas kijang emas:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

UOB Bank

http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold.htm

http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

Dinar Emas Kelantan

http://dinarkel.com/

Public Fine Gold International Sdn Bhd

http://publicgold.com.my/

Public Dinar

http://publicdinar.com/

PAMP Suisse

http://pamp.com/main.htm

Poh Kong Jewellers

http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp

Maybank Gold Saving Passbook Account

http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=I

NV-Investment&cntTypeId=0&cntKey=INV03.02&programId=INV03-

Gold&chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment

Public Bank Gold Investment Account

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html

BIODATA PENULIS

SYUKOR BIN HASHIM

Penulis merupakan seorang staf Universiti Multimedia kampus Melaka. Beliau aktif

membuat penyelidikan mengenai emas dan pelaburan emas dari tahun 2005.

Beliau mempunyai blog yang mengkhususkan di dalam pelaburan emas di Malaysia.

Blog beliau boleh dilawati di www.jutawanemas.com

Penulis percaya bahawa pengetahuan mengenai emas perlu dikongsi bersama. Ini kerana

maklumat mengenai pelaburan emas masih sukar didapati di Malaysia.

Jika anda ada sebarang komen atau pendapat, anda boleh menghubungi penulis melalui

email admin@jutawanemas.com
 
Kredit to Syukor bin Hashim

http://www.jutawanemas.com/

Untuk Kawasan Bandar Baru Bangi, Lembah Kelang dan Perak hubungi saya 0103404696.
Harga Emas terkini Public dinar di http://publicdinar.com/
Untuk BArang Kemas di http://publicjewellery.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga EMAS GCP hari ini

Harga Logam Utama Dunia Hari ini

Getaran Wang

Sembangsembang

Tengok TV