Thursday, January 27, 2011

Emas: Anda Tidak Akan Kaya Dengan Memiliki Emas

Assalamualaikum wbt,

renungkan kata-kata Robert T. Kiyosaki ini,

Ultimately, it is not gold, stocks, real estate, hard work or money that makes you rich. It is what you know about gold, stocks, real estate, hard work and money that makes you rich.”

Ramai yang tahu, terdapat pelbagai peluang pelaburan di luar sana. Namun begitu, tak perlu lah kita nak kata, “Pelaburan emas lebih baik berbanding pelaburan yang lain“. Dan tak perlu juga geng-geng rumah lelong kata,”Pelaburan rumah lelong jauh lebih baik daripada emas dan lain2“. Isu utama bukanlah pada apa yang kita laburkan tetapi isu utama ialah untuk melabur dengan bijak ke atas apa yang kita yakin, minat dan menjadi seorang yang benar2 mahir tentang pelaburan tersebut. Dan of course, pelaburan tersebut mesti patuh pada syariat Islam la.

Kalau kita cakap, “Pelaburan emas adalah pelaburan yang terbaik“, maka berduyun-duyun geng2 yang minat dan yakin dengan pelaburan rumah lelong akan list kan keburukan melabur dalam emas. Kemudian, geng2 emas ’serang’ balik dengan highlight seribu-satu keburukan dan kesusahan yang perlu di hadapai jika melabur dalam rumah lelong. Dan seterusnya…the chain reaction doesn’t stop.

Sedangkan, setiap orang mempunyai pengetahuan, minat dan circimstances hidup yang berbeza-beza. Maka sudah pasti pilihan yang di buat oleh mereka juga berbeza-beza. Susah atau pening kepala macam mana pun, kalau dah minat dan ada kemampuan serta pengetahuan, memang seseorang itu akan tetap terus dengan pelaburan tersebut sehinggalah matlamat mereka tercapai.

Dan…

…semua orang tahu bahawa setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri. Dengan melabur, ada orang yang rugi, ada orang yang untung. Ada juga yang untung besar selama berpuluh-puluh tahun dalam membuat pelaburan (i.e. Warren Buffet) dan ada juga sebaliknya.

Namun, kenapa Warren Buffet dapat jadi orang yang terkaya di dunia dengan hanya melabur? Adakah dia jadi kaya-kaya dengan semata-mata melabur dalam ASB dan mutual funds alike; the glorified “low risk-high yield” diversified portfolio investment?

Ramai juga yang risau dan tanya pasal gold bubble. Bagi saya, yang patut kita tanya ialah bagaimana pelabur2 yang berjaya menghadapi bubble phenomena ni?

Ada yang berfikir, “Jangan melabur kat emas lah sebab Warren buffet jadi kaya-raya sebab melabur dalam saham. Jom main saham je. Yang lain tak payah main“. Dah tu…Bill Gates, Donald Trump, Steve Job, Forbes dan lain2 jadi kaya raya sebab buat sebijik macam Warren Buffet ke? Nasib takde yang kata, “Jangan melabur kat apa2 pun. Kita buat software je sebab Bill Gates jadi orang terkaya di dunia dengan buat bisnes software. Benda lain tak yah buat. Gerenti tak kaya“. Wah! Orang lain yang kaya raya sebab buat benda lain daripada Bill Gates tu jadi kaya macam mana? Kongsi gelap? Diorang ada kilang cop duit? Adoii…itu semua adalah perbandingan yang tidak betul dalam menentukan pelaburan mana yang lebih baik.

Seperkara lagi ialah, ramai yang anggap orang2 kaya menjadi kaya-raya kerana mereka memang dilahirkan dalam keluarga kaya. Ramai yang beranggapan orang2 kaya dapat menjadi kaya-raya kerana mereka memang sudah kaya, maka mudah lah mereka nak melabur, buat bisnes itu dan ini untuk menjadikan mereka lebih kaya lagi. Kalau anda berfikiran seperti ini, percayalah..anda silap. Sebenarnya, mereka juga start from scratch, seperti saya dan anda.

Dan ingat ye, saya tulis ‘kaya-raya’ atau ‘filthy rich’. Itu berbeza dengan ‘kaya’. Bagi saya, kalau duit baru berpuluh juta, itu baru tahap ‘kaya’. Belum lagi tahap ‘kaya-raya’ atau ‘filthy rich’.

Selain itu, ramai yang refer kat saya pelbagai artikel dan maklumat berkenaan negativity dalam melabur dalam emas. Niat mereka baik. Mereka minta saya jelaskan dengan lebih lanjut. Saya suka orang sebegini dan bagi saya, orang sebegini ada potensi untuk menjadi kaya-raya melalui pelaburan kerana sikap mereka yang bijak.

Kenapa saya cakap macam tu?

Jawapannya ialah, mereka educate diri mereka sendiri tentang pelaburan yang mereka minati. Mereka educate diri mereka dengan bertanya pada orang yang lebih tahu, membaca buku dan artikel2, dan sebagainya.

Mereka calculate risiko yang perlu di hadapi, mereka lihat kemampuan mereka dan mereka letak matlamat dalam membuat pelaburan. Dan yang terlebih penting ialah, mereka bertindak. Bukan setakat fikir dan tengok dulu, fikir dan tengok dulu, fikir dan tengok dulu…sampai ke tua.

Inilah rata-rata perbezaan kita dengan orang2 seperti Warren Buffet, Donald Trump dan Robert Kiyosaki. Mereka fokus dan educate diri mereka setiap hari ke atas pelaburan yang mereka minat sehingga mereka menjadi sangat bagus dalam apa yang mereka lakukan.

Mentor saya dalam industri emas ni yang saya kenal sejak belajar di MMU lagi, En Syukor Hashim… pernah bagitau kat saya lebih kurang macam ni, “Alif, awak spend RM1000++ dan pergi beli SEMUA buku2 berkaitan emas yang dijual di amazon.com. Kalau kita tahu apa yang kita buat, orang tanya la apa pun, insyaAllah kita boleh jawab“. Pastu, sambil membenarkan apa yang dia kata, saya gelak dan jawab balik, “Minggu lepas baru je saya beli 3 buku kat Kinokuniya KLCC. Itu pun tak habis baca lagi“. En Syukor jawab selambe je, “Kalau ada niat nak baca, awak akan baca. Kalau takde niat nak baca, memang tak baca lah“. Hehehe…kene sebijik Alip! :P (Tak lama lepas tu, saya pun terus beli 2 buah buku lagi berkenaan emas di amazon.com. Banyak lagi nak beli nanti nih).

Memang itupun yang dibuat oleh orang2 kaya. Mereka banyak membaca bahan bacaan yang berkualiti. Mereka buat networking dengan orang2 yang serious untuk berjaya. Kebanyakkan mereka mempunyai mentor dalam bidang yang berkaitan dan mereka juga selalu menghadiri seminar2 yang bagus2 untuk selalu check and balance akan progress mereka.

Dengan kata lain, mereka ni kaya bukan sebab mereka ada emas, saham dan sebagainya tapi mereka kaya kerana mereka berpengetahuan dan berkemahiran dalam apa yang mereka lakukan berkaitan emas, saham dan lain2.

Dipetik daripada website http://blog.aidan.com.my/2010/01/5-keupayaan-seoarang-usahawan-bhg-2/

Sunday, January 2, 2011

Kebaikan menyimpan dan membeli Emas.

Agak lama saya tidak kemaskini projek blog ini. Agak lama juga mencari sesuatu yang boleh membuat keuntungan samada pada pihak saya atau kepada pihak anda. Kadang-kadang tidak dinafikan kebanyakan dari kita kalau berjual beli nak untung sebelah pihak saje. Saya terfikir kalau untung sebelah pihak peniagaan tak akan kekal lama sebab kepercayaan mungkin akan luntur sekejap saje. Betul tak? Sekarang saya cuma terfikir dan cuba ingin berkongsi bagaimana untuk memberi keuntungan bukan kepada saya saje malah kepada anda juga. Anda pasti tahu apa itu Emas bukan? Emas memang sangat bernilai, Memang semua manusia berkeinginan untuk mendapatkan emas sebagai simpanan atau perhiasan. Emas sangat cantik jika di gayakan dan anda pasti juga tahu kebanyakan kaum wanita memang suka memiliki logam tersebut. Emas bukan sahaja boleh dimiliki oleh kaum wanita ia juga boleh dimiliki oleh kaum lelaki , tetapi ingat untuk kaum lelaki ianya bukan untuk di pakai tetapi sebagai pelaburan. Anda juga sememangnya tahu emas tengah naik harga, dan emas adalah pelaburan jangka panjang yang sangat menguntungkan. Inilah sebenarnya yang saya ingin kongsikan bersama kamu. Mungkin jika anda membaca blog ini anda akan rasa "eh dia ni poyo je.. nak jual emas .. entah betul entah tidak" atau "ala mesti dia sorang je yang dapat untung" dan macam-macam persepsi yang diberikan. Yelah siapa yang tak nak untung kalau kita dah buat peniagaankan? tetapi didalam peniagaan emas ini ,bukan saya saja mendapat untung tetapi anda juga akan mendapat untung. Ini adalah peluang terbaik bagi sesiapa yang mempunyai simpanan dan lebihan duit dari perniagaan atai gaji. Nak lagi..0103404696..

Thursday, November 25, 2010

SMS 0103404696



Monday, September 27, 2010

Kira Berapa Net Worth Anda

Klik sini nak tahu berapa jumlah aset dan tanggungan anda.
Boleh tahu situasi semasa, berapa nilai yang anda ada.

http://www.maybank2u.com.my/calculator/form_net-worth-calc.html

Kalau tak cukup, saya ada cara nak banyakkan pasif income,

Klik : http://tuition4me.com sms / call saya 0103404696,
kita bincang bagaimana nak rancang kewangan anda/ tambah pendapatan anda,
sambil malayari internet, sambil bekerja.

Thursday, June 17, 2010

Kerengge dan SNIOP

ASSALAMUALAIKUM....Apa khabar semua? Ok..Hari ini saya nak berkongsi dengan anda tentang pengalaman menghadiri program motivasi baru-baru ini di UM, Auditorium Blok C. Ya....

Program itu dikendalikan oleh sebuah badan, Kenshido International, dan antara penceramahnya ialah Aziz Samad, seorang jutawan hasil penglibatannya dalam perniagaan e pendidikan. Antara yang menarik ialah kisah Kerengga dan SNIOP yang harus jadi renungan dan menungan kita andai kita ingin membina dan melakar kejayaan dalam hidup.


KERENGGA - ADA APA DENGAN KERENGGA?

Kerengga adalah sejenis serangga yang disifatkan sebagai makhluk 'tidak bersyukur.' Apabila kita menanam pokok rambutan misalnya, sikerengga akan menumpang berteduh dan tinggal di atas pokok. Kita sebagai tuan pokok membiarkan sahaja. Apabila pokok berbuah, sikerengga ini akan bersarang di dedaunan kekadang betul-betul dekat dengan buah rambutan. Pun masih kita biarkan.

Apabila kita hendak memetik buah rambutan, sikerengga yang 'nakal' ini akan mengerumuni buah-buahan itu lalu menggigit tangan kita...tangan yang membiarkan mereka bermaharajalela tinggal dan membuat sarang.

Perumpamaan ini diberikan oleh En Aziz terhadap manusia yang suka bersikap negatif terhadap orang lain yang ingin menerokai kejayaan. Mereka cukup pantang melihat insan lain mengecapi kecemerlangan biarpun insan-insan itu sahabat-sahabat mereka. Mereka akan memerli, mengeji, menidakkan, mempertikai dan sebagainya. Sepatutnya sebagai sahabat mereka menggalakkan dan memberi sokongan padu.

SNIOP - SYNDROME NEGATIVE INFLUENCE OTHER PEOPLE


Ada pula sejenis spesies manusia yang suka sangat berkata tidak, mustahil, tak mungkin, tak boleh, gila punya kerja terhadap apapun usaha-usaha yang dilakukan oleh orang lain. Kalau kerengga melakukannya kerana dengki, SNIOP melakukannya dengan menyerang peribadi orang itu sendiri. Misalnya;

- Mana boleh kau nak buat bisnes macam ni?
- Kau tak layaklah nak ambil course macam tu...susah tahu...
- Dah ramai orang gagal, kau saja yang gila nak ambil bidang tu...


INSAN YANG BERJAYA

Insan yang berjaya adalah insan yang berjaya menangani kerengga dan SNIOP. Ini kerana kerengga dan SNIOP akan menghormati kita seandainya kita berjaya dalam sesuatu bidang. Insan gagal adalah insan yang mudah tumbang selepas digigit kerengga atau diserang SNIOP.

PILIHAN KITA...HENDAK BERJAYA ATAU GAGAL...NAK KE TAK NAK?

Dr HM Tuah pernah menulis buku "Nak Ke Tak Nak?" Jadi kecemerlangan, kesederhanaan, kegagalan adalah pilihan kita.

Tak apalah...itu pilihan anda. Anda yang menentukan masa depan dan insyallah Allah memakbulkan. Mengikut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat, daripada 100 orang manusia yang dipanjangkan usia sehingga 65 tahun:

54 orang berada dalam KEMISKINAN
36 orang telah MENINGGAL DUNIA
5 orang TERPAKSA BEKERJA
4 orang MEMILIKI SUMBER KEWANGAN YANG STABIL
1 orang KAYA RAYA.

Jadi, anda nak jadi orang yang mana ketika berusia 65 tahun? Jika ingin menjadi golongan SATU PERATUS (KAYA RAYA), hubungi saya sekarang...(seandainya usia anda melewati 18 tahun)....ada JALAN UNTUK ANDA....hubungi talian 0103404696 (SMS Sahaja)....okay..jumpa lagi...ingat, JANGAN PEDULIKAN KERENGGA DAN SNIOP JIKA INGIN MENUJU KE ANGKASA KEJAYAAN! Terima kasih sifuku, En Aziz dan En Safian juga En Imran...

Coklat..

Coklat bukan saja untuk anak kecil, tetapi ia juga banyak dinikmati orang dewasa. Khabarnya, coklat banyak memberi manfaat untuk seks, kecantikan, dan kesihatan kita.

Coklat sering dijadikan hadiah untuk orang tersayang. Bahkan ia juga menjadi tanda cinta seseorang kepada pasangannya.

Lalu, mengapa ia dijadikan tanda cinta? Apa sebenarnya kandungan zat yang terdapat di dalamnya sehingga makanan ini diminati oleh ramai orang?

Mari kita baca selanjutnya tentang rahsia coklat:

Coklat untuk Ghairah Seks

Alasan mengapa banyak orang memberikan coklat untuk orang tersayang adalah kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta. Mungkin ini disebabkan coklat memiliki tekstur lembut dan mudah cair secara perlahan-lahan saat dikulum dalam mulut.

Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang memakannya. Selain itu, coklat dapat memberikan perasaan nyaman, rileks, dan dapat meningkatkan ghairah seksual.

Rasa nyaman yang timbul setelah menikmati coklat bukan setakat perasaan saja, kerana coklat mengandung ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.

Zat-zat inilah yang kemudian merangsang pengaktifan serotonin di otak yang selanjutnya akan menjadikan perasaan seseorang itu nyaman.

Selain itu, zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat menstimulasi jaringan saraf dan jantung yang membuat kita terjaga dan bersemangat.

Kesan ini juga biasa diperoleh dari kafein pada kopi atau teh. Manfaat theobromine yang lain adalah dapat meredakan batuk.

Coklat juga mengandung phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan lain mengapa coklat sering diberikan sebagai hadiah tanda cinta.

Coklat untuk Kesihatan

Coklat dengan kandungan koko (biji coklat) lebih dari 70% juga memiliki manfaat untuk kesihatan kerana coklat kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid.

Dengan adanya antioksidan, akan mampu menangkap radikal bebas dalam tubuh. Besarnya kandungan antioksidan ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau, minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksidan.

Dengan adanya antioksidan, ia membuatkan coklat menjadi salah satu minuman kesihatan. Fenol, sebagai antioksidan mampu mengurangi kolesterol pada darah sehingga dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung dan berguna untuk mencegah timbulnya kanser dalam tubuh, mencegah terjadinya stroke dan darah tinggi.

Selain itu kandungan lemak pada coklat terbukti bebas kolesterol dan tidak akan menyumbat pembuluh darah.

Coklat juga mengandung beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E.

Selain itu coklat juga mengandung zat mahupun nutrisi yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Koko merupakan sumber magnesium tertinggi.

Jika seseorang mengalami kekurangan magnesium, ia dapat menyebabkan hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit sendi dan masalah bulanan wanita iaitu pra menstruasi (PMS).

Dengan memakan coklat akan menambah magnesium dalam gizi harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesteron pada wanita. Hal ini akan mengurangi kesan negatif dari PMS.

Coklat untuk Kecantikan

Manfaat lain yang boleh didapati dari coklat adalah untuk kecantikan. Antioksidan dan katekin yang ada di dalamnya dapat melambatkan proses penuaan. Maka tidak hairan jika coklat boleh dijadikan makanan diet yang baik.

18SX..Jangan baca..

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana
besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut
usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu
mula mengantuk
semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si
isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan
bangun dari katil
tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga EMAS GCP hari ini

Harga Logam Utama Dunia Hari ini

Getaran Wang

Sembangsembang

Tengok TV