Monday, April 5, 2010

Rancangan Perniagaan


Nak mulakan perniagaan? Pelan Rancangan perniagaan siapa nak buat? Diterima ke oleh bank? Tanya siapa? Jangan risau ya, saya ada semua tu.

Contoh seperti dibawah. Ni baru ringkasan, saya ada kertas kerja penuh...


Ringkasan Eksekutif disediakan tanpa perenggan, diletakkan di hadapan (sebelum muka
surat kandungan) tetapi disediakan akhir sekali (setelah kertas kerja ATAU RP disiapkan) dan
biasanya 3/4 hingga 1 muka surat sahaja. Ia mestilah padat dengan kenyataan-kenyataan
tentang;
~ organisasi ....... siapa anda/syarikat anda ?
~ aktiviti perniagaan ....... apa servis/perkhidmatan yang anda tawarkan/jual ?
~ strategi pemasaran dan pelanggan/bakal pelanggan anda
~ pendapatan dan keuntungan yang diunjurkan
~ daya maju, perancangan dan potensi masa hadapan perniagaan.

Saya ada yang dah siap punya. Hampir semua jenis perniagaan seperti cyber cafe, restoren, projek pertanian, kedai jahit dan banyak lagi..

berminat? SMS saya 0103404696
atau email musamad@hotmail.com
facebook musa muhamad.

Tak mau tunggu? Ikuti langkah berikut:


1. Bank In gunakan Mesin masuk duit atau maybank2u /online : No Akaun : 162021332182 Musa Bin Muhamad

2. Berapa? RM 1000, tak perlu, RM 500, Banyak benor,

Tawaran Khas ...Cuma RM50 je.

3. SMS ke 0103404696 atau email ke (musamad@hotmail.com)

Tarikh Bank in, Masa Bank in, Jumlah Bank in, Nyatakan Nak Kertas Kerja Perniagaan Apa.

4. Tunggu dalam tempoh 7 hari penghantaran Contoh kertas Kerja akan dilakukan (Malaysia saja).

Friday, March 12, 2010

Tukar background

Saja test, jadi pulok. Dapat code kat http://www.infoservemedia.com/design/resources/backgrounds/p.php/4

Jadik... test aje... janji jadi...

Sunday, December 13, 2009

Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu.Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari dibelakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu samadengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas didalam lori dia..lori itu bertukarmenjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidakpuas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ketempat kejadian, dia terusmemukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu didalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjeritmenggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati. Mati Akal Menceritakannya.

Tuesday, December 1, 2009

Ha Ha Ha

Hati-hati bila menaiki bas (18sg)

Peringatan bagi mereka yg menggunakan jalan melalui (Kuala selangor)

Kisah bermula pada suatu malam...

Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie bersama

rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan

dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya

dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat

India... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.

Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba

berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai.

Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu

jalan dan mereka cuba mencari

bantuan jika ada kenderaan yang lalu.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari

arah KualaSelangor. Bas tersebut bergerak

terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah

jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Tanpa membuang

masa mereka pun pergi ke arah bas tersebut. Oleh kerana terlalu

perlahannya bas tersebut, mamat tue dan rakannya dapat jugak menaiki

bas tersebut walaupun ia sedang bergerak. Alangkah terkejutnya

mereka berdua kerana tiada pemandu yang memandu bas itu. Mereka

memberanikan diri untuk masuk ke dalam bas dan apabila mereka tiba

di bahagian kerusi terakhir bas tersebut, mereka ternampak sesuatu

di luar bas melalui cermin belakang bas dan...ya Allah!.........

...

...

...

...

...

...

...

...


mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas

tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.
WAKAKAKAKAHKAH...

Thursday, October 22, 2009

Sunday, September 13, 2009

Mesyuarat GPB Negeri Selangor

Satu mesyuarat antara semua Guru Penyelaras Bestari Sekolah Bestari Negeri Selangor akan diadakan di Concorde KLIA bersama KUTV Daerah Dalam Negeri Selangor. Mesyuarat membincangkan tentang SSQS, Ceramah pembinaan Blog untuk kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor juga isu-isu terkini Sekolah Bestari Negeri Selangor.

Thursday, July 30, 2009

6 TIP MUDAH UNTUK HIDUP MEWAH

Oleh Irfan Khairi....jutawan muda tu...

1: Tak perlu kopi & rokok!

OK OK.... Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai "The Latte Factor" oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)?Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.

2: Potong kad kredit

Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan- perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda.Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.

3: Jaga emosi

Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian. 90% keputusan belian adalah keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi. Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam fikiran anda "Jaga emosi... jaga emosi... jaga emosi"!

4: Pakar 1 topik kewangan

Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu embaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja.Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkn anda minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan Internet.

*Tip: Sertai Workshop Jutawan Internet untuk mempelajari kaedah menjalankan perniagaan melalui Internet! Klik di sini

Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.

5: Cari kawan baru

Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi... erm.... Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja!Dapat kan kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!

6: Jangan baca sahaja

Jangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin tip-tip 1-5 ini anda telah baca sebelum ini, tapi, tabiat manusia sering melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha.Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga EMAS GCP hari ini

Harga Logam Utama Dunia Hari ini

Getaran Wang

Sembangsembang

Tengok TV